Home

Tuesday, February 7, 2012

Pintu ber-gap di Hotel Bajet Yang Mencekik Darah



Apakah perkara pertama yang akan dicari kalau melancong ke tempat orang? Makan atau penginapan? Setakat makan ni, tarak masalah punya..Tepi jalan bersepah gerai-gerai makan. Yang menjadi perkara pokok adalah accommodation. Bukan tak biasa tido kat masjid, stesen bas atau railway station sebelum ni, tapi nak jugak rasa selesa untuk bersihkan diri dan berehat-rehat.


Aku ni bukanlah seorang yang cerewat bab hotel. Asalkan bersih, selesa, selamat dan murah cukup la. Sekadar nak tido dan mandi-manda tu pun dah  memadai. Tapi apa yang buatkan aku hangin pasal satu hotel ini, silalah baca crita selanjutnya.


Kejadian ni berlaku last year (nampak sangat lama tak update). Masa tu ada Penang International Marathon jadi anda buleh bayangkan kesemua hotel / hostel / homestay di sekitar Queensbay, Batu Uban, Bukit Jambul dah fully booked. Aku pulak terlupa nak book hotel awal-awal sebab selama aku join marathon aku tido dalam keta dan mandi di mesjid je. Jadi disebabkan tahun 2011 aku pegi berseorangan, maka aku terpaksa ambil hotel berdekatan dengan Queensbay sebab di sana adalah starting point larian.


Sebelum tu, aku dah pegi ke Georgetown untuk meninjau bilik tapi memandangkan Georgetown dengan Qbay agak jauh, pukul brapa aku nak keluar wehhh... Tah-tah bermarathon atas katil je. Memang diakui bilik  di Georgetown jauh lebih murah dan selesa. Dengan RM 20, anda buleh dapat single bed yang selesa, siap WIFI, ada aircond dan kipas dan attached bathroom. Nak apa lagi weh?..


Setelah puas melilau mencari bilik, maka aku pun singgah di Gelugor. Kat sini lebih dekat dengan Qbay jadi aku tak perlu bersusah payah bangun awal ke starting point. Kat sini aku tak spesifik kan nama hotel / homestay / asrama / lodging  tu, jadi pandai-pandailah anda untuk mencari.



Yes, ini memang hotel bajet. Bajet la sangat sampaikan bilik untuk single bed tanpa aircond dan toilet kat luar berharga RM 68 semalam. Memang mencekik darah. Mentang-mentang semua hotel fully booked maka dengan senang hati tokey hotel naikkan rega ikut kepala lutut dia. Setahu aku sebelum-sebelum ni harga untuk bilik yang sama cuma RM 40 semalam. Memandangkan aku dah tarak pilihan (pilihan tido di mesjid terpaksa dikensel atas faktor pagar kena kunci) so aku terpaksa jugak hambik hotel taraf 1/2 bintang ni.


Lets chekidaut the bilik....






Ini lah rupa bilik bertatah 8 karat yang aku cakap tu. Dahla mahai mencekik darah, bilik pulak sekangkang kera ja. Besar lagi kangkang kera kot. Coba bayangkan, dalam bilik ni cuma ada perkara basic. Okey, bab basic aku tak kisah sangat, janji bersih dan selesa.



Atas katil penuh dengan tahi cicak, kamu tahu?! Terpaksa aku kibas cadar pastu pasang balik semula dan lapik dengan kain batik yang aku bawak. Sanggup ke kamu tido camtu?



TV pulak dipenjara macam tahanan Guatemala. Macam la customer nak rembat sangat TV cinonet ni. Dahla siaran kejap musim salji (gambar bintik-bintik), kejap musim luruh (gambar kelam).



Disebabkan keluasan bilik yang terlampau BESAR, maka aku terpaksa menunaikan kewajipan di atas katil saja. Biarpun ada disediakan kemudahan surau, namun keadaanya amat mendukacitakan. Malas arr nak elaborate lebih-lebih...



Bilik ni tarak aircond. Takpe.....gua  bleh tahan. Bilik ni ada kipas dinding. Takpe...gua okey je. Bilik ni ada kipas dinding yang bunyi macam leher bewak tersangkut kat bilah dia. Hah! Yang ni memang gua tak tahan. Punya lah bising ya amat. Nak tengok TV atau cakap tepon pun tak senang. Bukak volume TV kuat-kuat kang orang sebelah cop pekak pulak. Lastly, aku bukak penutup kipas tu dan biar bilah kipas berpusing togel je. Ilang satu masalah pencemaran bunyi dalam bilik.






Dah masuk bilik suma, siap berguling sakan atas katil tahi cicak baru terperasan rupanya ada gap di pintu. Bukan 1 gap je tapi ada dua. Wah...tak bleh jadi nih. Aku pun bergegas turun ke reception untuk mengadu domba pasal gap kat pintu tu. Rasa insecure kot. Kang aku tengah landing baek punya, sia-sia je aksi terlampau terupload di Youtube.



Bila aku request kat manager nak tukar bilik, dia cakap "Ada satu lagi bilik dik. Tapi nuuunnnn jauh di belakang. Mau?!" Belakang? Err...takmau ah.. Lepas tu aku request supaya dia repair pintu tu. Bleh pulak dia jawab, "Alahhh...ramai orang dok bilik tu takde masalah pun. Pompuan lagi. Okey je." Wah wah wah ni dah kasik aku panas. Lantak la mereka takda masalah dok kat bilik yang pintu bergap tu tapi aku memang ada masalah. Masalahnya, kalau memalam aku tido atau tengah pakai baju orang ngintai camna? Syok la hangpa kan dapat tengok free show. Lastly, manager pun setuju repair pintu tu lepas aku bising-bising kat reception. Kebetulan pulak ada customer omputih time tu. Jadi mungkin dia termalu alah takut customer lari maka dia terpaksa merepair pintu itu sekarang jugak. Ok, setel satu bab.






Parking space is very limited. Memang memerlukan kepakaran yang tinggi nak manouver stereng kereta supaya tak gostan ke belakang (aku bawak manual, kalau auto tarak masalah), atau paling teruk pun terjunam kat tepi bilik orang. Disebabkan aku kena keluar awal pagi keesokan harinya, maka terpaksa kena bukan double park tapi TRIPLE park!  Nasib la sapa yang kena block tu.





Ni adalah laluan masuk dan keluar hotel. Sangat sempit. Jadi pandai-pandailah hangpa nak adjust kereta lagu mana pun. Buleh jugak park kat tepi jalan tapi potensi untuk mendapatkan hadiah GORES dan MENANG kereta amat tinggi. Tak percaya bangun esok pagi pasti ada hadiah tersedia kat side mirror atau body kereta anda.






Laluan koridor hotel sangat cantik. Tapi bukan itu yang aku nak. Koridor je cantik tapi servis hampeh buatpa. Lain lah nak tido kat koridor.








So, dah dapat agak hotel mana yang aku maksudkan? Sapa yang dok area Penang mesti tau punya lah. Tengok kaler dinding pun dah tau hotel mana. Ini pengalaman aku menginap kat tempat ni. Mungkin pengalaman hangpa berbeza dengan aku. Kotla terasa best yang amat sangat. Tapi bagi aku dengan harga yang mencekik darah, mungkin ini kali pertama dan terakhir aku di sini. Lepas ni kalau terpaksa jugak, aku rela dok kat Georgetown.


Kepada pengusaha hotel terbabit, tolonglah jangan naikkan rega sesuka hati. Taulah anda nak untung banyak tapi jangan buat bisnes orang Melayu camni. Kita nak tolong bisnes orang Melayu tapi orang Melayu jugak yang buat dajei. Nasib badan.....

6 comments:

NdyaIbrhm. said...

hahahaha. Tak tahan betul baca description segala. Tahi betul kadang-kadang tau tokey hotel ni. Btw, tahniah atas pertunangan baru-baru ni ye titichi. hihi.

t i t i c h i said...

tokey hotel memang hamjad. Rasa nak publish je nama hotel tu kat sini. Tapi tahap kesabariahan masih tinggi. Tak baik rosakkan bisnes orang. Btw, selamat dirisik ye nanad...hehehehe

Buzu Ediany said...

Salam titichi...

A**g***k Lodging ni mmg kat area umah sy...hehehe..Sedih sgt tgk facilities dia mcm tu...dulu ok masih terjaga dan berpuas hati..mybe sbb rmai sgt kot then tokey dia pn dok nmpak $$$ ja...By the way, kat area situ kn ada pasar..breakfast kat food court pasar mmg the best...mcm2 ada.. ;)

t i t i c h i said...

Hai cik buzu,

AL memang gah 10 tahun dulu. Skrang ni sedih je. Saya biasa dok area tu dulu. Setiap rabu pegi pasar malam Tun Sardon tapau nasik ayam berempah. Perghhh terngiang-ngiang bau dia..

Azizan Zolkipli said...

hotel tak berapa bajet yang kamu dok tu, lebih kecil & kurang 'grand' rasanya dari Hotel Meewah sederet dengan balai bomba di Kuantan semalam pada harga RM18 tu huhuhu ...

hotel yang kamu dok tu cuma menang tang ada peti televisyen dalam sangkar je ( :

Anonymous said...

hahahah....saya pernh merasa duk situ..bilik sgt sempit, satu je tingkap, tv yes dalm sangkar burung,siling rendah...alih2 saya tido kat lantai sbb pannass...hanginnn satu badan! puiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...